Wednesday, May 18, 2011

bulan enam

Setengah tahun hampir tiba.
Pejam celik! Pejam celik je!

Senarai  pending banyak lagi belum selesai.
Hmmmmm..sempat ke?

Senarainya:
1. Gym - survey dah buat tapi join nya tidak :p
2. Saving - nak sambung study :) yeayy!!
3. Beli bahan baju raya tahun ni (Turquoise) - hadiah buat ibu romo
4. Tukar cermin kereta - 3 bulan dah retak :(
5. Bayar loan YPJ
6. Beli rumah - (penthouse / apartment - area: Damansara / Ampang)
7. Beli camera Canon G12  -
8. Beli Mac book air
9. BAYAR HUTANG!!

Hmmmmm..mudah-mudahan sempat la tunaikan sebahagian yang termampu di atas kemampuan sendiri :)
Insyallah

Monday, May 16, 2011

new life. new direction

syukur!

berkat kesabaran & bimbingan orang sekeliling :)
akhirnya berdiri aku di tapak sendiri

Friday, December 31, 2010

selamat tinggal 2010,selamat datang 2011

pejam celik, pejam celik cepat saje masa berlalu dan tinggal beberapa jam lagi nk melangkah ke arah 2011.

mengimbau...

2010:

1) Internship di Blu Inc Media (Her World) magazine sebagai assistant editor. memberi pengalaman yang sangat banyak. mendialami bidang publisher ni sangat menyeronokkan walau kerjanya sangat penat. bertemu dengan orang-orang kenamaan,photoshoot,interview dan belajar lebih dalam mengenai fashion memang sangat-sangat teruja bagiku.

2) Final semester (Sun-U,Graphic Design). mengeratkan hubungan aku dengan classmates aku yang sebelum ini aku bagaikan seorang yang duduk dalam kepompong sendiri. namun di saat-saat akhir aku menemui teman sejati yang tidak kenal erti mengeluh dan juga sentiasa memberikan sokongan. Susah senang bersama,tempuh pelbagai dugaan. Bermalam di studio merasakan dunia seorang designer sebenar! Tapi hasilnya sangat memuaskan! =)

3) Comfort Zone - Menemui rakan-rakan baru di saat-saat aku mula meninggalkan zaman belajar sangat-sangat sedih namun ianya sangat indah! Rakan-rakan yang tidak akan hilang dari hidup. Terima kasih kerana menemui kalian semua!

4) Graduate - 01102010 tarikh keramat aku memegang ijazah =) alhamdullilah berkat usaha selama 2tahun setengah tidak sia-sia. Terima kasih kepada insan-insan yang tercinta yang hadir dan sentiasa di sisi ketika susah senang!

5) Rezeki - Alhamdullilah setelah beberapa kali aku pergi mencari kerja akhirnya aku di sunting oleh sebuah production house untuk menjadi salah seorang pekerja di tempat mereka dan bertambah syukur kerana ianya hasil dari titik peluh sendiri dan ianya ibarat payung emas bagi diriku. Syukur!

namun terselit dan tersemat juga pengalaman-pengalamn manis lagi namun biarlah ianya sekadar di kotak fikiran ini, dan ada juga pengalaman pahit yang meninggalkan parut namun ini semua dugaan yang pasti di satu masa nanti akan memberi pulangan yang indah.

Akhir sekali, selamat tahun 2011!!

Tuesday, December 28, 2010

tentang seseorang

Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
SepiSepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar, aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya,
biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?

* salah satu sajak yang telah menarik jiwaku

laungan

ingin saja ku laung sekuat hati meluahkan rasa yang terbuku dalam diri ini. namun ku tak biasa melaungkannya kerana aku merasakan ada tembok penghalang untuk bersuara.

ingin saja ku laung sekuat hati di kamar kosong dan pecahkan saja segala ada di kelilingku.biar berkecai dan berderai semuanya! ianya lebih memadai daripada mencederakan manusia.

andai sehelai kertas bisa ku ronyok-ronyokkan dan koyakkan hingga hancur itu juga bisa melegakan hati ini.

kesudahannya aku SENDIRI

rasa

sering kali berkongsi segalanya dengan seseorang tanpa rasa segan silu walau apa jua reaksi namun kini aku hilang tempat untuk berkongsi. segalanya berubah.aku kini sendiri. dalam dunia realiti. tidak seperti dulu aku bebas bersuara,bebas berkata,bebas merasa namun kini aku telah membataskanya.

aku hanya aku!

tiada apa yang aku perlu berkongsi lagi. aku penuh dengan seribu rahsia yang mungkin tiada lagi dapat ku kongsi. pengalaman mengajar aku. aku perlu berhati-hati tidak kira orang itu kecil atau dewasa, selesa atau sebaliknya, aku tetap dengan pendirian aku tidak lagi berkata-kata mengikut nafsu.

dahulu bisa sahaja aku meluahkan rasa meluahkan kata tapi kini biarlah tersimpan semat di dalam dada hanya sesekali akan ku luah rasa. mungkin juga ku biarkan pendam hingga terluka.

aku masih mencari-cari di manakah hala tuju yang perlu ku lalui. ku gagahi azab diri ini biar di satu masa nanti akan ku temu jalan yang di tujui.

Sunday, December 26, 2010

puas sementara

akhirnya.berjaya juga aku mengblock si dia.

tengok sakit,tak tengok sakit.lama-lama semua sakit!

tapi sampai bila boleh tahan?
cuba bertahan.
pasti boleh bertahan.