sering kali berkongsi segalanya dengan seseorang tanpa rasa segan silu walau apa jua reaksi namun kini aku hilang tempat untuk berkongsi. segalanya berubah.aku kini sendiri. dalam dunia realiti. tidak seperti dulu aku bebas bersuara,bebas berkata,bebas merasa namun kini aku telah membataskanya.
aku hanya aku!
tiada apa yang aku perlu berkongsi lagi. aku penuh dengan seribu rahsia yang mungkin tiada lagi dapat ku kongsi. pengalaman mengajar aku. aku perlu berhati-hati tidak kira orang itu kecil atau dewasa, selesa atau sebaliknya, aku tetap dengan pendirian aku tidak lagi berkata-kata mengikut nafsu.
dahulu bisa sahaja aku meluahkan rasa meluahkan kata tapi kini biarlah tersimpan semat di dalam dada hanya sesekali akan ku luah rasa. mungkin juga ku biarkan pendam hingga terluka.
aku masih mencari-cari di manakah hala tuju yang perlu ku lalui. ku gagahi azab diri ini biar di satu masa nanti akan ku temu jalan yang di tujui.
No comments:
Post a Comment