Friday, December 31, 2010

selamat tinggal 2010,selamat datang 2011

pejam celik, pejam celik cepat saje masa berlalu dan tinggal beberapa jam lagi nk melangkah ke arah 2011.

mengimbau...

2010:

1) Internship di Blu Inc Media (Her World) magazine sebagai assistant editor. memberi pengalaman yang sangat banyak. mendialami bidang publisher ni sangat menyeronokkan walau kerjanya sangat penat. bertemu dengan orang-orang kenamaan,photoshoot,interview dan belajar lebih dalam mengenai fashion memang sangat-sangat teruja bagiku.

2) Final semester (Sun-U,Graphic Design). mengeratkan hubungan aku dengan classmates aku yang sebelum ini aku bagaikan seorang yang duduk dalam kepompong sendiri. namun di saat-saat akhir aku menemui teman sejati yang tidak kenal erti mengeluh dan juga sentiasa memberikan sokongan. Susah senang bersama,tempuh pelbagai dugaan. Bermalam di studio merasakan dunia seorang designer sebenar! Tapi hasilnya sangat memuaskan! =)

3) Comfort Zone - Menemui rakan-rakan baru di saat-saat aku mula meninggalkan zaman belajar sangat-sangat sedih namun ianya sangat indah! Rakan-rakan yang tidak akan hilang dari hidup. Terima kasih kerana menemui kalian semua!

4) Graduate - 01102010 tarikh keramat aku memegang ijazah =) alhamdullilah berkat usaha selama 2tahun setengah tidak sia-sia. Terima kasih kepada insan-insan yang tercinta yang hadir dan sentiasa di sisi ketika susah senang!

5) Rezeki - Alhamdullilah setelah beberapa kali aku pergi mencari kerja akhirnya aku di sunting oleh sebuah production house untuk menjadi salah seorang pekerja di tempat mereka dan bertambah syukur kerana ianya hasil dari titik peluh sendiri dan ianya ibarat payung emas bagi diriku. Syukur!

namun terselit dan tersemat juga pengalaman-pengalamn manis lagi namun biarlah ianya sekadar di kotak fikiran ini, dan ada juga pengalaman pahit yang meninggalkan parut namun ini semua dugaan yang pasti di satu masa nanti akan memberi pulangan yang indah.

Akhir sekali, selamat tahun 2011!!

Tuesday, December 28, 2010

tentang seseorang

Aku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Aku lari ke pantai, kemudian teriakku
SepiSepi dan sendiri aku benci
Aku ingin bingar, aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya,
biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai?

* salah satu sajak yang telah menarik jiwaku

laungan

ingin saja ku laung sekuat hati meluahkan rasa yang terbuku dalam diri ini. namun ku tak biasa melaungkannya kerana aku merasakan ada tembok penghalang untuk bersuara.

ingin saja ku laung sekuat hati di kamar kosong dan pecahkan saja segala ada di kelilingku.biar berkecai dan berderai semuanya! ianya lebih memadai daripada mencederakan manusia.

andai sehelai kertas bisa ku ronyok-ronyokkan dan koyakkan hingga hancur itu juga bisa melegakan hati ini.

kesudahannya aku SENDIRI

rasa

sering kali berkongsi segalanya dengan seseorang tanpa rasa segan silu walau apa jua reaksi namun kini aku hilang tempat untuk berkongsi. segalanya berubah.aku kini sendiri. dalam dunia realiti. tidak seperti dulu aku bebas bersuara,bebas berkata,bebas merasa namun kini aku telah membataskanya.

aku hanya aku!

tiada apa yang aku perlu berkongsi lagi. aku penuh dengan seribu rahsia yang mungkin tiada lagi dapat ku kongsi. pengalaman mengajar aku. aku perlu berhati-hati tidak kira orang itu kecil atau dewasa, selesa atau sebaliknya, aku tetap dengan pendirian aku tidak lagi berkata-kata mengikut nafsu.

dahulu bisa sahaja aku meluahkan rasa meluahkan kata tapi kini biarlah tersimpan semat di dalam dada hanya sesekali akan ku luah rasa. mungkin juga ku biarkan pendam hingga terluka.

aku masih mencari-cari di manakah hala tuju yang perlu ku lalui. ku gagahi azab diri ini biar di satu masa nanti akan ku temu jalan yang di tujui.

Sunday, December 26, 2010

puas sementara

akhirnya.berjaya juga aku mengblock si dia.

tengok sakit,tak tengok sakit.lama-lama semua sakit!

tapi sampai bila boleh tahan?
cuba bertahan.
pasti boleh bertahan.

melangkah.ruang

mmmmmmmmmm...mmmmmmm
haihhhhhhh..

mengeluh memang lah tak baik. ia di katakan sahabat syaitan. tapi kita ini manusia biasa dan tak lari dari merasai perasaan itu. hakikatnya memang sekarang aku sedang mengalaminya.

tekanan.
kecewa.
makan hati.
iri hati.
semua menjadi satu dalam diri ini.

aku cuba mengorak langkah ke benua yang berjuta-juta batu jauh dari tanahair hanya untuk mencari ruang namun aku tidak jumpa di manakah ruang yang harus aku duduki.

semakin lama aku cuba mencari ruang semakin kabur penglihatannya.sampai bila agaknya akan berakhir?

BUNTU!
BIARLAH!

Monday, December 13, 2010

simple

If you don't care, do not see.
If you don't see, do not judge.
If you don't judge,do not talk.

Simple.

Sunday, December 12, 2010

lost

I have lost myself again.Lost myself and I am nowhere to be found.Yeah I think that I might break.I've lost myself again and I feel unsafe

harapan

Doaku agar kau kan selalu bahagia
Agar kau temui insan tulus menyayangimu
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa
Ku tinggalkan memori bersamamu
Ku undur diri bersama harapan
Tidak kesampaian cinta kita
Ku bawa harapan ku pendam rahsia
Ku di kejauhan mendoakan
Agar kau bahagia tiada lagi duka
Daku rela mengundur diri
Ku pasti dikau kan fahami
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis ku terima ini bukannya ku pinta
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku

perasaan

perasaan.
sering bermaharajalela dalam jiwa.
yang bisa membuatkan hati tidak tenang dan sering bertelagah.
bagaimana harus ku usir dari merasakan semua ini.

ku hanya bisa melakar semua perasaan dengan menekan butang-butang di monitor ini.
dengan itu mampu ku luahkan segala isi hati yang terbuku dalam dada.

jiwa ragaku berontak
berlumba-lumba untuk berperang antara satu sama lain
namun aku hanya beristighfar agar dapat menenangkan semuanya.
jika aku teruskan peperangan jiwa raga ini
musnahlah diri,hilanglah pedoman.

setiap kali perasaan itu bertandang,
aku cuba menerima dengan hati terbuka
dan menyambut dengan senyuman.

semua yang berlaku terselit hikmah disebaliknya.
muhasabah diri dan minta pertunjuk daripadaNya
adalah jalan terbaik!

Tuesday, December 7, 2010

Pembuka kata tutur bicara

Pertama kali, ingin saya ucapkan Tahniah! Akhirnya dapat juga la ada blog sendiri setelah berabad-abad lamanya nak buat tapi tiada masa sampai la hari ini.

Mungkin seronok sangat menulis tangan di dalam diari hingga sampai satu masa  terfikir "bila la aku nak ada blog sendiri ni? asyik baca orang punya je. Idea menulis berlumba-lumba nak keluar tapi akhirnya tulis dalam diari selepas tu ilang tah kemana-mana kertas-kertas tu?".

Sekarang, "Ada blog sendiri! Yeayy!!" tak pe la biar la agak terlambat tertinggal bas ke keretapi ke janji ada juga la tempat menulis yang akan tersimpan rapi.

Akhir sekali, selamat menulis blog untuk diri sendiri dan bakal followers selamat membaca! Apa yang di tulis bukan nak menyinggung mana-mana pihak tapi atas dasar memenuhi lambaran kosong yang perlu diisikan dengan kata-kata.

Selamat datang ke "Dunia Drama Ateena Syukry"!