pejam celik, pejam celik cepat saje masa berlalu dan tinggal beberapa jam lagi nk melangkah ke arah 2011.
mengimbau...
2010:
1) Internship di Blu Inc Media (Her World) magazine sebagai assistant editor. memberi pengalaman yang sangat banyak. mendialami bidang publisher ni sangat menyeronokkan walau kerjanya sangat penat. bertemu dengan orang-orang kenamaan,photoshoot,interview dan belajar lebih dalam mengenai fashion memang sangat-sangat teruja bagiku.
2) Final semester (Sun-U,Graphic Design). mengeratkan hubungan aku dengan classmates aku yang sebelum ini aku bagaikan seorang yang duduk dalam kepompong sendiri. namun di saat-saat akhir aku menemui teman sejati yang tidak kenal erti mengeluh dan juga sentiasa memberikan sokongan. Susah senang bersama,tempuh pelbagai dugaan. Bermalam di studio merasakan dunia seorang designer sebenar! Tapi hasilnya sangat memuaskan! =)
3) Comfort Zone - Menemui rakan-rakan baru di saat-saat aku mula meninggalkan zaman belajar sangat-sangat sedih namun ianya sangat indah! Rakan-rakan yang tidak akan hilang dari hidup. Terima kasih kerana menemui kalian semua!
4) Graduate - 01102010 tarikh keramat aku memegang ijazah =) alhamdullilah berkat usaha selama 2tahun setengah tidak sia-sia. Terima kasih kepada insan-insan yang tercinta yang hadir dan sentiasa di sisi ketika susah senang!
5) Rezeki - Alhamdullilah setelah beberapa kali aku pergi mencari kerja akhirnya aku di sunting oleh sebuah production house untuk menjadi salah seorang pekerja di tempat mereka dan bertambah syukur kerana ianya hasil dari titik peluh sendiri dan ianya ibarat payung emas bagi diriku. Syukur!
namun terselit dan tersemat juga pengalaman-pengalamn manis lagi namun biarlah ianya sekadar di kotak fikiran ini, dan ada juga pengalaman pahit yang meninggalkan parut namun ini semua dugaan yang pasti di satu masa nanti akan memberi pulangan yang indah.
Akhir sekali, selamat tahun 2011!!
No comments:
Post a Comment